↬Dalam keadaan pepejal , atom-atom tersusun dengan rapat, padat dan teratur.
↬Susunan atom ini memberi logam tulen sifat kemuluran dan kebolehtempaan
apabila dikenakan daya.
lapisan atom-atom boleh menggelongsor antara satu sama lain apabila dikenakan daya.
Maka,logam bersifat mulur dan boleh diregang.
MAKSUD ALOI
↳Suatu campuran dua unsur atau lebih mengikut peratus yang tertentu dengan unsur utamanya ialah logam.
APAKAH TUJUAN PENGALOIAN????
Tujuan pengaloian adalah untuk memperbaiki rupa bentuk logam tulen dan menambah kekuatan & kekerasan logam tulen.Selain itu, pengaloian juga mencegah kakisan logam tulen.
KOMPOSISI & SIFAT ALOI
SUSUNAN ATOM DI DALAM ALOI
- Aloi mungkin merupakan campuran antara logam dengan logam atau campuran logam dengan bukan logam.
- Atom asing yang ditambah mungkin lebih besar atau lebih kecil daripada atom logam tulen.
- Kehadiran atom asing yang berlainan saiz mengganggu susunan atom logam tulen yang teratur.
good job and good effort
ReplyDelete