Sunday 23 September 2018

Memahami pembuatan asid sulfurik


  KEGUNAAN ASID SULFURIK


Image result for asid sulfurik

                                                                Asid Sulfurik



    Contoh Kegunaan Asid Sulfurik:









    PROSES PEMBUATAN ASID SULFURIK








               Proses Ini Terdiri Daripada 3Peringkat;

PERINGKAT 1,(penghasilan sulfur dioksida)
      Serbuk Sulfur Dibakar di Dalam Udara(gas oksigen) menjadi leburan untuk menghasilkan gas sulfur dioksida.




➦PERINGKAT 2,(penghasilan gas sulfur trioksida)
       Gas sulfur dioksida & gas oksigen yang berlebihan dialirkan melalui mangkin   vandium(V)oksida pada suhu 450 darjah hingga 550 darjah dan tekanan 1 atmosfera utk   menghasilkan gas sulfur trioksida.



➦PERINGKAT 3,(penghasilan asid sulfurik)
      Sulfur trioksida yang terhasil dialir melalui asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum. Pencairan oleum dengan air menghasilkanasid sulfurik.

persamaan kimia yang berlaku

⧭⧬Sulfur trioksida tidak dilarutkan secara langsung ke dalam air untuk menghasilkan asid sulfurik. Hal ini kerana tindak balas antara sulfur trioksida dengan air sangat eksotermik 
(tenaga haba dibebaskan ke persekitaran).  

   ⧭⧬Vanadium(V)oksida  ialah mangkin untuk mempercepatkan tindak balas.


SULFUR DIOKSIDA DAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR



Punca pencemaran;

  • ⥵pembakaran sulfur dalam Proses Sentuh.
  • ⥵pengestrakan logam daripada bijih sulfida.
  • ⥵pembakaran bahan api fosil (petroleum,gas asli.arang batu).





Kesan pencemaran;

  • ⧪Menghidu gas sulfur dioksida yang berlebihan akan mengakibatkan penyakit peparu, bronkitis, sakit dada & sesak nafas.
  • ⧪Apabila gas sulfur dioksida larut di dalam air hujan,asid sulfurus akan terbentuk dan mengakibatkan pembentukan hujan asid.
  • ⧪Kesan hujan asid akan mengakibatkan bangunan dan arca yang dibuat daripada marmar atau batu kapur terhakis.


Cara mengurangkan pembebasan gas sulfur dioksida ke atmosfera.

  • Lakukan tindak balas antara sulfur dioksida dengan ammonia atau ammonium hidroksida untuk menghasilkan ammonium sulfat (digunakan sebagai baja pertanian).  
  • Lakukan tindak balas dengan kalsium hidroksida atau kalsium karbonat untuk menghasilkan kalsium sulfat  (digunakan dalam penghasilan plaster dan simen)
















No comments:

Post a Comment